Longki Djanggola
Longki Djanggola

Longki Djanggola

Longki Djanggola (lahir 11 November 1952) adalah ahli politik Indonesia dan pemegang jawatan semasa gabenor (atau "Gubernur" jika mengikut gelaran rasmi) Sulawesi Tengah.[1][2] Beliau bertanggungjawab melancarkan kerjasama peleburan nikel China-Indonesia di wilayah itu pada 2015.[3]Djanggola juga merupakan penjawat awam yang memimpin atas usaha menangkap anggota Mujahidin Indonesia Timur, mendorong keanggotaan mereka secara meluas untuk menyerah diri setelah beberapa pemimpin mereka dihapuskan semasa Operasi Tinombala.[4] Sebilangan pemimpin MIT ditangkap di samping beberapa yang terbunuh semasa tembak-menembak dengan polis, dan Djanggola memuji Operasi berkenaan kerana pendekatannya yang berperikemanusiaan.[5]